suria

Terdesak mahukan cucu, mak ayah saman anak RM2.8 juta setelah 6 tahun berkahwin masih tiada zuriat

Pasangan ini terdesak mahukan cucu sehingga terpaksa saman anak mereka sendiri.

AKIBAT terlalu mahu menimang cucu, pasangan suami isteri di India ini nekad memfailkan tuntutan mahkamah terhadap anak dan menantu mereka.

Lebih mengejutkan apabila mengetahui jumlah yang dituntut oleh pasangan ini adalah sejumlah RM2.8 juta.

Memetik laporan Gulf News, Sanjeev dan isterinya, Sadhana Prasad mahu menuntut ganti rugi rugi bernilai 50 juta rupee (RM2,842,992.47) kepada anak dan menantunya sekiranya pasangan itu gagal melahirkan anak dalam tempoh setahun.

Jumlah tersebut dikatakan sebagai ganti rugi setelah berhabisan wang demi membesarkan anaknya.

Pasangan berusia 61 dan 57 tahun ini juga menyatakan bahawa mereka telah menggunakan wang simpanan bagi membiayai pendidikan anak lelakinya di US (Amerika Syarikat) demi cita-cita menjadi juruterbang.

Lebih malang lagi apabila anak mereka ini dikatakan menggaggur sahaja setelah tamat pelajaran.

Malah, mereka juga merupakan individu yang telah berbelanja besar bagi melangsungkan majlis perkahwinan si anak yang mewah di hotel bertaraf lima bintang.

Dakwa pasangan ini lagi, mereka turut menghadiahkan sebuah kereta mewah berharga AS$80,000 (RM351,000) serta hadiah pelancongab berbulan madu ke luar negara sempena perkahwinan anak dan menantunya itu.

"Anak lelaki saya sudah berkahwin selama enam tahun ini bagaimanapun masih belum merancang untuk mendapatkan anak," katanya.

Menurut peguam pasangan ini iaitu Arvind Kumar, petisyen tersebut akan didengar oleh mahkamah pada 17 Mei ini.

Sanjeev dan Sadhana Prasad bagaimanapun akan menarik kembali tuntutan itu sekiranya anak dan menantunya boleh memberikan mereka seorang cucu dalam tempoh setahun. - GULF NEWS

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain