suria

Lelaki lari ke gunung menyamar jadi ‘Tarzan’ selepas bunuh kekasih

Polis menunjukkan barang bukti seperti pisau, termasuk rambut panjang palsu. foto ANTARA/Aditya Rohman

SEORANG lelaki ditahan selepas disyaki membunuh kekasihnya di wilayah Sukabumi di Jawa Barat, Indonesia pada Khamis minggu lalu.

Polis Sukabumi, Putu Asti Hermawan berkata, suspek ditahan ketika cuba bersembunyi di Gunung Walat di daerah Cibadat.

Lelaki itu didakwa membunuh kekasihnya kerana mangsa yang berusia 33 tahun yang akan kembali merujuk dengan bekas suami.

ARTIKEL BERKAITAN: Bunuh kekasih, makan otak untuk dapat ilham tulis puisi

Suspek yang menjalinkan hubungan cinta dengan mangsa selama empat bulan bagaimanapun membantah keputusan tersebut.

Suspek kemudian pergi ke rumah mangsa pada Khamis bagi mempersoalkan perkara itu sebelum berlaku pertengkaran.

Ekoran kejadian itu, suspek didakwa menikam mangsa beberapa kali menggunakan pisau.

Suspek kemudian melarikan diri ke Gunung Walat.

"Motif suspek kerana cemburu. Dia tak dapat menerima hakikat kekasihnya akan rujuk kembali dengan bekas suami," kata polis.

Menurut polis, suspek menyamar menjadi 'Tarzan' seperti dalam filem ketika bersembunyi di hutan dengan memakai rambut panjang palsu.

Suspek didakwa kerana melakukan jenayah bunuh, berdepan dengan hukuman penjara maksimum 20 tahun hingga seumur hidup. - Kompas

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain