suria

Wanita berdepan detik cemas, tertelan batang ‘swab’ hingga terpaksa jalani pembedahan

Bobby tertelan batang swab sepanjang 6 inci sehingga perlu menjalani pembedahan untuk mengeluarkannya. Foto: SWNS

SEORANG pekerja pusat penjagaan terpaksa menjalani pembedahan kecemasan gara-gara tertelan batang ujian calitan Covid-19 sepanjang enam inci.

Bobby Lee, 31, pada mulanya melakukan ujian kendiri selepas berasa tidak sihat pada 20 April lalu.

Entah bagaimana, ketika cuba mengambil sampel di bahagian kerongkong, batang 'swab' tersebut tersekat di dalam mulutnya.

Tidak pasti apa yang perlu dilakukan seterusnya, Bobby cuba untuk menelan batang tersebut.

"Batang itu tersangkut di belakang tekak. Saya cuba mengeluarkannya tetapi tidak berjaya, jadi saya fikir saya perlu mencuba dan menelannya.

"Apabila telan, ia turun sedikit, tetapi hanya masuk separuh ke dalam tekak saya," cerita ibu dua anak dari County Durham itu.

Bobby mendedahkan dia turut mengalami kesukaran untuk bernafas dan bimbang nyawanya melayang gara-gara tertelan batang 'swab' itu.

Bimbang sesuatu yang buruk berlaku, dia bergegas mendapatkan rawatan sebelum dipindahkan ke hospital berdekatan untuk menjalani pembedahan kecemasan. - Metro.co.uk

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain