suria

Wajah berlumuran darah, warga emas cedera jadi mangsa serangan ganas tikus

Wajah Diana penuh darah dan kesan cakaran tikus. Foto: BPM Media

SEORANG suami terkejut apabila mendapati wajah isterinya berlumuran darah sebaik sahaja bangun daripada tidur.

Ketika kejadian yang berlaku pada 9 Mei lalu, Diana Kirk, 76, yang mengalami mati otak tidur bersendirian di atas katil khas di ruang tamu rumah mereka yang terletak di Nottinghamshire, England.

Tanpa disedari John, 85, isterinya 'diserang' seekor tikus besar ketika dia sedang tidur di tingkat atas.

Keadaan Diana yang hanya terlantar di atas katil membuatkan wanita itu tidak mampu bergerak mahupun memanggil sesiapa untuk meminta pertolongan.

Sebaik sahaja John turun ke tingkat bawah kira-kira jam 5.45 pagi keesokannya, lelaki warga emas itu terkejut apabila melihat wajah isterinya penuh dengan darah dan kesan cakaran.

Dia segera menghubungi ambulans untuk membawa Diana mendapatkan rawatan di hospital.

Menurut John, tikus yang menjadi 'dalang' serangan terhadap isterinya akhirnya berjaya ditangkap selepas seorang jiran memasang perangkap. - Dailystar

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain