suria

Kejam! Sudahlah telefon bimbit dicuri, remaja perempuan 14 tahun dipaksa lakukan seks

Seorang pemuda ditahan kerana mencuri telefon bimbit dan memaksa mangsa melakukan hubungan seks. - gambar hiasan

KEJAM! Seorang pelajar bukan sahaja bertindak mencuri telefon bimbit milik seorang remaja perempuan berusia 14 tahun, malah memaksa mangsa melakukan hubungan seks dengannya.

Kejadian yang membabitkan suspek berusia 27 tahun itu berlaku di Yogyakarta, Indonesia.

Menurut polis, suspek dikatakan berjanji akan memulangkan telefon bimbit mangsa sekiranya memenuhi permintaan seksualnya.

ARTIKEL BERKAITAN: Mangsa diperkosa lebih 8 kali sehingga maut! Teman lelaki antara suspek ditahan polis

Keadaan itu membuatkan mangsa dalam ketakutan dan segera pulang ke rumah.

"Kerana takut, mangsa akhirnya membiarkan telefon bimbitnya diambil suspek. Dia pulang ke rumah dan melaporkan kejadian itu kepada ibu bapanya.

"Ibu bapa mangsa kemudian membuat laporan polis berhubung kejadian," kata Ketua Perhubungan Awam Polis Yogyakarta, AKP Timbul Sasana Raharja dipetik sebagai berkata dalam TribunJogja.com, pada Selasa.

Polis kemudian menjalankan siasatan sehingga membawa kepada penahanan suspek yang juga bekerja sebagai pemandu. - Kompas

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain