suria

Tragis! Ibu tergamak bunuh anak 3 tahun gara-gara kantoi habiskan wang simpanan

Suspek wanita (dua, kiri) pada sidang media bersama pasukan polis. foto KOMPAS.com/Muchammad Dafi Yusuf

SEORANG kanak-kanak lelaki berusia tiga tahun dan tujuh bulan ditemui mati di sebuah bilik hotel, dipercayai dibunuh ibu kandung.

Kejadian berlaku di daerah Gajahmungkur di Jawa Tengah, Indonesia, pada Selasa minggu lalu.

Tertuduh berusia 35 tahun itu mendedahkan dia dihalau suami yang memarahinya kerana menghabiskan wang simpanan mereka berjumlah Rp 38 juta (RM11,381) untuk membayar hutang pinjaman dalam talian.

ARTIKEL BERKAITAN: Mengaku dengar bisikan ghaib... ibu bunuh anak usia 7 tahun, dua lagi dikejarkan ke hospital

Wanita itu bagaimanapun menafikan membuat pinjaman itu, sebaliknya rakannya menggunakan maklumatnya untuk berbuat demikian.

Hutang pinjaman itu berjumlah Rp 12 juta (RM3,594) yang dimohon menggunakan maklumat atas namanya.

"Selama tujuh tahun suami saya tidak pernah marah. Baru-baru ini dia marah," katanya ketika ditemui pada sidang media, pada Rabu.

Kerana takut dengan suaminya, tertuduh membawa lari anak sulungnya dan meninggalkan anak bongsu berusia 11 bulan di rumah.

Berasa tertekan, dia berniat membunuh dirinya dan anakya di bilik hotel.

"Fikir untuk pulang ke rumah, saya tidak berani. Saya mahu mati bersama. Tapi saya dapat diselamatkan," katanya.

Menurut tertuduh, dia menekup muka anaknya yang sedang tidur sehingga mati.

Dia kemudian cuba membunuh diri dengan meminum air sabun dan menjerut lehernya menggunakan tuala.

Wanita itu bagaimanapun hanya pengsan sebelum ditemukan oleh petugas hotel.

Menurut polis Semarang, nNamun berdasarkan keterangan suami tertuduh, isterinya sebenarnya menghabiskan wang simpanan keluarga berjumlah Rp 1.25 bilion (RM374,140).

Wang tersebut digunakan untuk percutian bersama keluarga tanpa pengetahuan suami dan digunakan untuk membeli-belah secara dalam talian.

Ketika bercuti, isterinya berbohong dengan mengatakan percutian itu menggunakan harga diskaun.

Tambah polis lagi, wanita itu berdepan dengan pertuduhan yang membawa hukuman penjara maksimum 15 tahun dan denda. - Kompas

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain