SEORANG model meraih perhatian ramai selepas tular rakaman memaparkan dia beraksi separuh bogel di tepi jalan raya. Dikenali sebagai Billie Louise, wanita itu berkata dia mahu memberi kegembiraan kepada pengguna jalan raya, khususnya golongan pemandu lori. Dalam rakaman tular berkenaan, dia kelihatan mengangkat bajunya sambil menayangkan payudara di kawasan terbuka di tepi jalan. "Saya tahu syif kerja mereka sangat sukar, jadi saya nak beri kegembiraan kepada pemandu lori. Adakah salah apa yang saya buat? "Sejujurnya, makin ramai orang benci dan kecam, makin ramai pelanggan saya," ujarnya lagi. Video tular itu dirakam di lebuh raya Kent di Thanet, England. Dalam pada itu, orang ramai turut mengkritik tindakan wanita itu yang dianggap membawa risiko terhadap pengguna jalan raya. Dalam perkembangan lain, pihak polis di kawasan itu masih belum menyiasat kejadian tersebut kerana tidak menerima sebarang laporan mengenainya. - Daily Star. Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI