suria

Tauke dadah mengamuk, anak buah tersilap jatuhkan kokain dalam laut... Rugi RM136 juta

Mangsa meninggal dunia ketika sedang mencari bungkusan kokain yang jatuh ke dalam air.

KERUGIAN yang dialami bukan sedikit, sebaliknya £25 juta (RM136 juta).

Begitulah kisahnya mengenai lebih 54 kilogram (kg) kokain yang lesap selepas terjatuh ke dalam laut.

Difahamkan, sekumpulan penyeludup dadah tersilap langkah sehingga bungkusan tersebut jatuh ke dalam laut.

Kejadian itu ternyata menimbulkan rasa marah ketua mereka.

Ia terbongkar selepas seorang lelaki ditemukan maut dalam keadaan terapung berdekatan sebuah pelabuhan di Newcastle, Australia.

Kata polis, mangsa meninggal dunia ketika sedang mencari bungkusan kokain yang jatuh ke dalam air, baru-baru ini.

Polis akhirnya berjaya mengesan bungkusan kokain itu yang diletakkan dalam sarung kalis air.

Menurut sumber polis, pintasan mesej mendapati kehilangan bungkusan dadah itu menjadi punca perbalahan dalam kalangan ketua penyeludup berkenaan. - Daily Star.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain