suria

Nak taubat, lelaki di bawah pengaruh ganja potong kemaluan sendiri

Seorang lelaki bertindak memotong kemaluan ketika di bawah pengaruh ganja. -gambar hiasan

SEORANG lelaki bertindak memotong kemaluannya sendiri ketika di bawah pengaruh ganja.

Kejadian yang menggemparkan itu berlaku di daerah Sonitpur di Assam, India, pada 19 Mei lalu.

Lelaki berkenaan, Md Sahajul Ali yang menetap di Sonitpur, menghisap ganja dan dalam keadaan psikosis, sebelum memotong kemaluannya.

Ali dilaporkan mengalami gangguan mental dan pernah melakukan perbuatan aneh sebelum ini, termasuk bermalam dengan seekor singa.

Media melaporkan Ali bukan sahaja mengambil ganja tetapi juga terlibat dengan pengaruh dadah lain.

Dalam temu bual bersama Guwahati Times, Ali menjelaskan sebab di sebalik langkah drastiknya itu dan memberitahu dia memotong kemaluannya untuk 'bertaubat'.

Menurut Ali, menghisap ganja adalah berdosa, tetapi dia tidak boleh melakukannya tanpa pengaruh dadah.

"Selepas saya menghisapnya, saya bimbang sesuatu yang buruk akan berlaku kepada masyarakat.

"Saya memotong zakar saya untuk kebaikan yang lebih besar dan insaf atas tindakan saya," kata Ali kepada Guwahati Times. - India.com

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain