KETIKA krisis Ukraine dan Rusia masih belum berkesudahan, timbul pula spekulasi mengenai tahap kesihatan Vladimir Putin. Presiden Rusia itu dikatakan sedang menghidap sakit kanser dan parkinson. Menurut laporan, spekulasi mengenai kesihatan Putin hangat diperkatakan sejak beberapa bulan lalu. Jika disoroti, khabar angin mengenai Putin yang menghidap parkinson telah kedengaran sejak tahun 2020. Ia selepas profesor penganalisis Rusia, Valery Solovei mendakwa Putin sedang menyorokkan penyakitnya. Sepanjang beberapa kemunculan, Putin turut dilihat dalam keadaan tangan yang menggeletar. Malah, penganalisis politik berkata wajahnya yang bengkak merupakan petanda kepada kanser yang dihidapinya. - Daily Star. Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI