DUA pelanggan dimalukan menerusi Facebook selepas gagal membayar bil makanan yang dipesan di sebuah bertarafbaru-baru ini. Dua lelaki itu didakwa menjamu hidangan bernilai £150 (RM822) di Restoran Muse, di Yarm, Teeside, sebelum berlalu pergi tanpa membuat sebarang pembayaran. Susulan kejadian itu, pemilik restoran memuat naik rakaman kamera litar tertutup (CCTV) menerusi laman Facebook. "Dua lelaki itu berlalu pergi tanpa membayar bil pada pukul 8.25 malam 19 Mei lalu, tolong hubungi kami. "Kami hanya mahu bil dilunaskan supaya tak perlu bawa kes ini kepada pihak berkuasa. "Kami tak mahu banyak isu, tolong hubungi kami. Kalau anda kenal, minta mereka lunaskan bil segera," tulis pemilik restoran di Facebook. Jika kes berkenaan tidak diselesaikan menjelang Sabtu, pemilik restoran merancang untuk membuat laporan polis ke atas mereka. Di ruangan komen, ramai netizen turut terkejut dan kurang senang dengan tindakan dua pelanggan itu. "Saya dah kongsi posting ini. Harapnya mereka bayar. Bisnes makin teruk sekarang," tulis seorang pelayar Facebook. - Daily Star. Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI