suria

Berpacaran selama 11 tahun, kembar seiras akhirnya dilamar kekasih

Kembar Decinque bertemu teman lelaki, Ben, kira-kira 11 tahun lalu. Foto: Instagram annalucydecinque

SEORANG lelaki melamar pasangan 'kembar paling seiras di dunia' dan kini mereka bertiga sedang berpacaran bersama.

Kembar dari Australia itu bukan sahaja mempunyai wajah yang sangat seiras, tetapi juga berkongsi segala perkara bersama-sama seperti pakaian, makanan, dan juga pasangan hidup!

Anna dan Lucy Decinque, 35, malah pergi ke bilik air bersama-sama dan sangat jarang berpisah.

Mereka mula bertemu dengan teman lelaki, Ben, sekitar 11 tahun lalu dan kini gembira sebagai pasangan kekasih.

The Daily Star melaporkan bahawa Ben pernah meluahkan hasrat untuk memperisterikan pasangan kembar tersebut tahun lalu dan sudah menyerahkan dua bentuk cincin kepada mereka.

Pasangan kembar yang juga YouTuber itu gemar mengenakan pakaian yang seksi, malah mereka juga akan memastikan makanan yang diambil dalam kuantiti yang sama agar dapat mengekalkan berat badan serta potongan tubuh yang sama.

Kembar Decinque juga tidak ralat untuk berkongsi pasangan yang sama kerana yakin lelaki tersebut melayani mereka sama rata. - Mirror

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain