suria

Kes meningkat di Eropah, pakar beri amaran penyakit cacar monyet berpotensi disebarkan menerusi hubungan seks

Kes jangkitan cacar monyet meningkat di Eropah sejak beberapa hari lalu.

EROPAH kini dilanda kebimbangan susulan beberapa negara mengesan kes jangkitan cacar monyet (monkeypox) sejak beberapa hari lalu.

Bukan sahaja di Eropah, seorang individu dari Amerika Syarikat juga telah dijangkiti virus tersebut, manakala beberapa individu lain sedang diuji untuk simptom yang sama.

Pada 7 Mei lalu, pesakit cacar monyet pertama dikesan di London, dan dia dilaporkan baru pulang dari Nigeria.

Pakar percaya pesakit tersebut mendapat jangkitan virus cacar monyet dari Afrika namun masih tidak pasti bagaimana penyakit itu boleh tersebar.

Menurut pakar, cacar monyet berbeza daripada penyakit cacar yang lain.

Walaupun terdapat penawar untuk cacar air atau smallpox, doktor tidak mengetahui sebarang rawatan khusus untuk menyembuhkan penyakit cacar monyet.

Sehingga kini, doktor beranggapan penyakit itu disebarkan melalui 'titisan'.

Justeru, pakar berpendapat bahawa virus itu boleh memasuki tubuh orang yang sihat melalui saluran pernafasan, luka, hidung, mulut atau mata.

Bagaimanapun selepas membuat kajian terhadap kes baharu, pakar melahirkan kebimbangan virus cacar monyet juga boleh disebarkan melalui hubungan seksual.

Menurut pakar, sekiranya seseorang melakukan hubungan seks dengan individu yang menghidap cacar monyet, maka terdapat kemungkinan pasangannya juga akan dijangkiti penyakit sama. - Zeenews

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain