SEORANG wanita buat pertama kali mendapat tahu dia mempunyai dua rahim pada usia 16 tahun, namun tidak menyedari dirinya juga mempunyai dua faraj. Keadaan yang jarang berlaku itu hanya disedarinya selepas melahirkan anak sulung. ARTIKEL BERKAITAN: Disahkan hidap penyakit unik miliki 2 faraj, wanita Alaska akhirnya selamat bersalin Vic Au-Yeung berkata, keadaan itu menyebabkan dia mengalami kesakitan yang ketara semasa remaja, dan dia mengalami haid yang sangat teruk sehingga menyebabkan dirinya pengsan dan mengalami pendarahan. Dalam satu kejadian selepas rebah di jalanan, doktor memberitahu Vic bahawa dia tidak akan mempunyai zuriat berikutan keadaan dua rahimnya, Bergelar ibu kepada tiga anak, Vic yang menetap di Herefordshire, United Kingdom mengimbas perkara itu berkata: "Setiap bulan, saya akan menghabiskan masa di bilik perubatan di sekolah, pengsan akibat kehilangan darah atau 'bocor' pada pakaian sekolah saya. "Tampon tidak berfungsi dan saya terpaksa memakai empat tuala wanita pada waktu malam dan bangun untuk menukarnya setiap beberapa jam. Apabila saya berumur 16 tahun, saya rebah di jalan kerana sakit dan dibawa ke hospital. "Doktor memberitahu bahawa saya mempunyai dua rahim dan kesannya saya tidak boleh mempunyai zuriat. itulah sebab saya datang haid yang teruk. "Ketika itu saya benar-benar patah hati. Saya rasa masa depan saya telah dirampas," katanya. Vic pernah diberitahu dia tidak akan memperoleh zuriat. foto Jam Press/Vic Au-Yeung Walau bagaimanapun, selepas melakukan kajian sendiri, Vic menyedari bahawa hamil dan melahirkan anak bukanlah suatu yang mustahil. Dia melahirkan anak perempuannya Clio, kini 23, pada 1998, dan doktor membuat penemuan mengejutkan kedua mereka semasa menjalankan pemeriksaan. "Apabila saya bersalin, doktor sudah tahu tentang rahim saya tetapi semasa menjalani pemeriksaan ke atas saya semasa bersalin, perunding menyedari saya mempunyai dua serviks. "Saya juga mengalami prolaps yang teruk selepas bersalin. Mereka memberitahu saya bahawa ia adalah kulit yang membahagikan faraj normal saya selain (faraj) kedua yang tidak dapat dikesan kerana saiznya sangat kecil. "Doktor beritahu saya ia adalah satu keajaiban perubatan dan sangat jarang berlaku, tetapi berjanji untuk merawat saya dengan pembedahan rekonstruktif," katanya. - Mirror Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI