SEORANG lelaki bertindak memecah masuk sebuah restoran dalam keadaan berbogel. Sebelum itu, dia memecah masuk ke sebuah kedai baju di sebuah pusat beli-belah di Brazil dalam kejadian pada 7 April lalu. Rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di pusat beli-belah itu menunjukkan seorang lelaki memanjat siling kedai di bilik persalinan wanita. ARTIKEL BERKAITAN: Gempar lelaki bogel terperangkap dalam dinding teater Dia kemudian memecah masuk ke sebuah bar bersebelahan dan mula menanggalkan pakaiannya. Rakaman CCTV di premis menunjukkan suspek menggeledah barang di atas meja sebelum membuka peti sejuk dan mengambil snek. Suspek kemudian memakai semula pakaiannya dan mengambil minuman keras. Dalam kejadian itu, dia melarikan dua telefon bimbit, sebuah komputer dan wang tunai. Pada Selasa, polis mendedahkan rakaman CCTV berkenaan dan meminta bantuan orang awam untuk mengenal pasti suspek. - Daily Star Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI