suria

Pelajar, jurulatih penerbangan kantoi rakam video intim dalam pesawat Cessna... Sanggup serah tubuh demi markah ‘ekstra’

Skandal terbongkar selepas seorang lagi pelajar memuat naik video itu ke media sosial.

SEORANG jurulatih penerbangan Rusia dipecat kerana membuat rakaman video intim ketika berada di dalam kokpit sebuah pesawat.

Lelaki berusia 28 tahun itu meletakkan pesawat dalam mod pemanduan auto untuk memudahkan dia melakukan aksi tersebut dengan seorang pelajar wanita.

Juruterbang tersebut yang sudah berkahwin memujuk pelajar wanita berusia 21 tahun itu untuk menjalinkan hubungan dengannya jika mahu markah tambahan untuk ujian penerbangan.

Difahamkan, pelajar itu pada mulanya keberatan, namun bersetuju dengan tawaran berkenaan kerana mahu lulus dengan cemerlang.

Kata pelajar itu, hubungan terlarang itu berlaku sekali sahaja.

Skandal itu bagaimanapun terbongkar selepas seorang lagi pelajar memuat naik video itu ke media sosial.

Malah, video itu hanya disedari oleh sekolah penerbangan tersebut sebulan kemudian sebelum mereka mengambil tindakan tegas ke atas pelaku berkenaan.

Pelajar tersebut turut dibuang daripada institusi berkenaan.

Kisah kontroversi yang dirakam dalam kokpit pesawat jenis Cessna 172 itu turut menjadi perbualan ramai selepas ia disiarkan dalam laman berita tempatan, Gazeta. - Daily Star.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain