suria

Kantoi curi telefon, lelaki dipaksa tarik lori sehingga bergerak sebagai hukuman

Seorang lelaki dipaksa menari lori sebagai hukuman.

PADAH cuba mencuri telefon bimbit dari sebuah lori, seorang lelaki dipaksa menarik kenderaan berat itu supaya bergerak.

Insiden berkenaan dilaporkan berlaku berhampiran jejantas Bhutamundai di sepanjang jalan Chandikhol-Paradip di daerah Jagatsinghpur, India baru-baru ini.

ARTIKEL BERKAITAN: Padah tawar 'seks untuk disewa', lelaki usia 53 tahun jadi orang pertama dipenjara

Menerusi rakaman video yang tular di media sosial, suspek yang diikat di hadapan lori cuba berjalan laju kerana dipaksa menarik lori sebagai hukuman atas perbuatannya itu.

Bagaimanapun, 'pengadilan' yang dibuat oleh orang awam terlibat mendapat perhatian Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Odisha (OHRC).

Malah badan tersebut menyifatkan hukuman yang dikenakan ke atas suspek sebagai pencabulan hak asasi manusia yang serius.

Ekoran itu, mereka mengeluarkan notis kepada Jagatsinghpur SP supaya menjalankan siasatan berhubung kejadian yang berlaku dan menyerahkan laporan dalam tempoh 15 hari.

Suruhanjaya juga telah menjadualkan perkara itu untuk dibicarakan pada 17 Jun ini. - India.com

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain