suria

Gagal langsai hutang RM2,700, lelaki kena rogol dengan pengedar dadah

Lelaki berusia 30 tahun yang melakukan serangan itu tidak didakwa kerana mangsa enggan memberi kerjasama.

SEORANG lelaki muda menjadi mangsa rogol seorang pengedar dadah kerana gagal melangsaikan hutang bernilai £500 (RM2,700).

Mangsa yang berusia 22 tahun diserang secara seksual di sebuah pulau di England yang dikawal oleh kumpulan pengganas, baru-baru ini.

Maklumat kejadian itu dikongsi ketika pembentangan Parlimen negara tersebut yang mana kumpulan dari Liverpool dan Merseysid dianggap sebagai ancaman kepada penduduk.

"Ya, seorang budak lelaki berusia 22 tahun dirogol oleh seorang lelaki berusia 30 tahun kerana hutang," ujar Tanya August-Hanson yang juga ahli Majlis Perundangan.

Difahamkan, lelaki berusia 30 tahun yang melakukan serangan itu tidak didakwa kerana mangsa enggan memberi kerjasama.

Dalam pada itu, seorang hakim turut membacakan sepucuk surat menyayat hati daripada ibu bapa yang dilanda kekacauan akibat jenayah dadah di kawasan mereka.

"Impaknya kepada ibu bapa adalah mengerikan. Kebimbangan tentang anak muda dan kesukaran dalam menangani situasi berkaitan boleh memecah belah pasangan.

“Ibu bapa sering mengeluarkan beribu-ribu wang daripada simpanan mereka sendiri untuk membayar hutang anak.

"Ini bukan masalah terpencil di kawasan 'miskin'. Ia adalah racun yang mengalir ke seluruh pulau," ujar hakim itu lagi. - Daily Star.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain