suria

Banyak cakap ketika hamil! Ibu terkejut bayi lahir dengan senyuman kekal

Ayla dilahirkan dengan senyuman kekal.

IBU kepada seorang bayi yang dilahirkan dengan 'senyuman' kekal mendakwa ia berpunca daripada sikapnya yang terlalu banyak bercakap ketika hamil.

Bagaimanapun, dakwaan Cristina Vercher, 21, ditepis pasukan perubatan yang merawat anaknya, Ayla Summer Mucha.

"Apa yang saya boleh fikirkan sebagai seorang ibu adalah di mana saya telah melakukan kesilapan, terutamanya apabila saya terlalu banyak bercakap sepanjang kehamilan saya.

"Namun, saya dan Blaize Mucha (suami) telah diyakinkan oleh beberapa doktor selepas ujian genetik dan imbasan dilakukan. Ini sepenuhnya di luar kawalan kami dan bukan kesalahan kami sendiri," luahnya yang bimbang dengan keadaan yang dikenali sebagai makrostomia.

Kedua-dua pasangan tersebut juga menyuarakan hasrat untuk memperbaiki senyumannya Ayla kerana dia mungkin tidak dapat menyusu.

Terdahulu, Ayla dilahirkan pada Disember 2021 dengan makrostomia dua hala, di mana sudut mulut tidak bercantum semasa kehamilan.

Difahamkan, hanya 14 kes yang dilaporkan di seluruh dunia. - Mirro.co

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain