suria

Semangat menimba ilmu, pelajar OKU berjalan 1 kilometer ke sekolah setiap hari dengan hanya sebelah kaki

Seema berjalan ke sekolah yang terletak 1 kilometer dari rumahnya dengan hanya sebelah kaki setiap hari.

SEORANG pelajar sekolah mengkagumkan warganet apabila sanggup berjalan ke sekolah setiap hari dengan hanya sebelah kaki.

Pelajar bernama Seema dari Jamui Bihar, India itu mendapat pujian ramai selepas videonya menjadi tular di internet.

Rata-ratanya memuji pelajar berusia 10 tahun itu kerana mempunyai semangat yang tinggi untuk menimba ilmu meskipun mempunyai fizikal yang tidak sempurna.

Namun tidak dinyatakan sama ada gadis kecil itu cacat sejak lahir atau kakinya dipotong.

Menerusi video yang dikongsi di Twitter, kelihatan Seema yang mengenakan pakain seragam sekolah dan menggalas beg di belakang, terlompat-lompat dengan sebelah kakinya yang tidak berkasut.

Difahamkan, sekolah Seema terletak satu kilometer dari rumah ibu bapanya.

Selepas videonya tular, seorang pelakon Bollywood, Sonu Sood berjanji mahu membantu Seema dengan memberikan kaki palsu untuk memudahkan pergerakan gadis kecil tersebut. - India.com

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain