suria

Pesawat Nepal bawa 22 orang terputus hubungan di kawasan pergunungan

Pesawat yang hilang itu dikendalikan oleh Tara Air yang kebanyakannya menerbangkan pesawat Twin Otter buatan Kanada. Foto: TaraAir.com

SEBUAH pesawat yang dikendalikan oleh syarikat penerbangan swasta di Nepal, hilang di kawasan pergunungan, pada Ahad (29 Mei).

Pesawat tersebut dilaporkan membawa 22 individu, kata pegawai syarikat penerbangan dan kerajaan kepada Reuters.

Pesawat kecil itu terbang dari bandar pelancongan Pokhara, kira-kira 200 kilometer (km) dari barat laut ibu negara, Kathmandu, menuju ke Jomsom.

Ia dikendalikan oleh Tara Air yang kebanyakannya menerbangkan pesawat Twin Otter buatan Kanada.

"Penerbangan domestik menuju Jomsom dari Pokhara telah terputus hubungan," kata jurucakap Tara Air, Sudarshan Bartaula.

Beliau berkata terdapat 19 penumpang dan tiga anak kapal di dalam pesawat tersebut. - The Straits Times

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain