suria

Bangkai pesawat Nepal terhempas ditemui

Serpihan pesawat Tara Air yang ditemui di kawasan pergunungan. foto Nepal Army

PASUKAN penyelamat di Nepal telah menemui lokasi nahas sebuah pesawat membawa 22 orang yang hilang pada Ahad.

Jurucakap Tentera Nepal berkata, serpihan pesawat yang dikendalikan oleh syarikat penerbangan Tara Air, ditemui di daerah Mustang di utara Nepal.

Pesawat penumpang itu dalam penerbangan selama 20 minit ketika terputus hubungan dengan kawalan trafik udara lima minit sebelum ia sepatutnya mendarat.

ARTIKEL BERKAITAN: Pesawat Nepal disyaki terhempas, saksi dengar 'bunyi luar biasa' seperti dentuman... Cuaca buruk sukarkan misi pencarian

ARTIKEL BERKAITAN: Pesawat Nepal bawa 22 orang terputus hubungan di kawasan pergunungan

Bagaimanapun, masih tidak diketahui sama ada terdapat mangsa yang terselamat dalam nahas itu.

Menurut laporan, empat warga India, dua warga Jerman dan 16 warga Nepal menaiki pesawat tersebut.

Terdahulu, operasi mencari terjejas akibat cuaca buruk dan kawasan pergunungan.

Operasi mencari dan menyelamat hanya disambung semula pada pagi Isnin. - BBC

Artikel Lain