suria

Guru memandu mengaku bersalah ‘stalk’ pelajar gara-gara terlalu obses, dipenjara 8 minggu

Graham Mansie mengaku bersalah kerana 'mengganggu' pelajarnya dan dijatuhi hukuman penjara 8 minggu.

SEORANG tenaga pengajar kelas memandu dijatuhkan hukuman penjara selama lapan minggu selepas dia mengaku bersalah atas pertuduhan 'mengganggu' seorang gadis yang juga pelajarnya.

Graham Mansie, 52, mengakui terpikat dengan Maisie Relph, 19, selepas beberapa kali sesi pembelajaran.

Mansie memberitahu Relph adalah pelajar 'kegemarannya', malah dia kerap kali memberikan gadis itu hadiah, mengajaknya minum dan mengakui perasaan cintanya kepada ibu bapa mangsa.

Tingkah lakunya menjadi semakin pelik antara Julai dan Oktober 2021.

Apabila Relph menyekat Mansie di semua media sosial, lelaki itu cuba menggunakan 'dark web' untuk menggodam akaun mangsa bagi mengakses akaun media sosial miliknya.

Hakim, Vanessa Lloyd pada Rabu menjatuhkan hukuman penjara lapan minggu kepada Mansie selain lesennya sebagai tenaga pengajar digantung selama 12 bulan, di mana dia juga akan memakai tag pemantauan.

Mansie juga diarah membayar denda £300 (RM1,658) selain diarahkan menjalani pemulihan. - Metro.co.uk

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain