suria

Bekas isteri kerabat diraja Qatar ditemui mati, didakwa akibat ‘overdose’ dadah

Kasia Gallanio ditemui mati pada pagi Ahad di rumahnya di Marbella, selatan Sepanyol. Foto: Instagram

BEKAS isteri kepada anggota keluarga diraja Qatar telah ditemui mati di rumahnya di Marbella, selatan Sepanyol.

Mayat Kasia Gallanio, 45, ditemui pada pagi Ahad, dengan bukti awal menunjukkan sebab kematian berkemungkinan kerana penggunaan dadah berlebihan, lapor akhbar Perancis, Le Parisien.

Gallanio, seorang warga Amerika yang berasal dari Poland, adalah isteri ketiga Abdelaziz bin Khalifa Al-Thani, 73, iaitu bapa saudara kepada Emir Qatar.

Pasangan itu berkahwin pada 2004 dan dikurniakan sepasang anak kembar yang kini berusia 17 tahun, dan seorang anak perempuan ketiga yang kini berusia 15 tahun.

Bercerai pada 2012, pasangan tersebut kemudian berbalah mengenai hak penjagaan anak selama sedekad, di mana Gallanio menuduh bekas suaminya mencabul salah seorang anak gadis mereka.

Gallanio yang berpindah ke Marbella, kehilangan hak penjagaan ke atas anak-anaknya pada 2018 di tengah-tengah dakwaan dia dikatakan bergelut dengan masalah ketagihan alkohol dan kemurungan yang teruk.

Satu akaun Instagram yang dipercayai milik salah seorang anak perempuannya menulis: 'Sayang kamu selamanya, mama, saya sangat bangga kamu terus memerhatikan kami.'

Bedah siasat dijalankan oleh pihak berkuasa Sepanyol pada Selasa. - Metro.co.uk

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain