SEORANG suami bertindak menceraikan isterinya yang didakwa hanya menyediakan sajian mi segera. Hakim mahkamah sesyen ML Raghunath berkata, terdapat kes perkahwinan di mana pasangan memfailkan perceraian kerana isu remeh. Kes tersebut timbul ketika dia menjadi hakim daerah di Ballari, India. ARTIKEL BERKAITAN: Nak jimat punya pasal, pelajar hanya makan mi segera 3 minggu sebelum masuk hospital "Si suami memberitahu bahawa isterinya tidak tahu menyediakan makanan selain mi segera. "Isterinya menyediakan mi segera untuk sarapan, makan tengahari dan makan malam. "Dia mengadu bahawa isterinya pergi ke kedai makan dan hanya membawa mi segera," katanya. Ragunath menamakannya sebagai 'kes mi segera'. Menurut beliau, pasangan itu akhirnya bercerai atas persetujuan bersama. - India Times Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI