suria

Budak digelar ‘spider girl’ kerana miliki kaki tambahan, rayuan ibu raih perhatian bintang Bollywood

Kanak-kanak itu memiliki sepasang kaki dan tangan tambahan sejak dilahirkan.

SEORANG kanak-kanak berusia enam tahun diberi gelaran 'spider girl' kerana dilahirkan dengan fizikal unik.

Dia yang berasal dari perkampungan Hemda di Nawada, India memiliki sepasang kaki dan tangan tambahan sejak dilahirkan.

ARTIKEL BERKAITAN: Dilahirkan cacat, namun kanak-kanak 11 tahun ini tak pernah terfikir nak sembunyikan wajahnya kepada dunia

Menurut ibunya, Usha Devi, dia terpaksa melancarkan tabung bantuan bagi mencari dana pembedahan anaknya, lapor Indian Express.

Kata wanita itu, pembedahan berkenaan bakal memberi sinar buat masa depan anaknya.

Kisah kanak-kanak itu turut mendapat perhatian aktor Bollywood, Sonu Sood yang kini membantunya untuk mendapatkan rawatan.

"Jangan risau. Rawatan telah dimulakan. Mohon doa semua," kata aktor itu.

Rata-rata pelayar media sosial turut memuji tindakan pelakon itu yang membantu kanak-kanak berkenaan.

"Terima kasih Sonu. Kamu sangat pemurah. Moga kamu dirahmati dan kanak-kanak itu dapat hidup normal.

"Terima kasih Sonu kerana menyokong kanak-kanak ini. Kamu tolong semua orang, kamu insan yang baik," tulis beberapa individu. - Daily Star.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain