suria

Nahas pesawat Nepal: Pasukan penyelamat bawa keluar mayat 22 mangsa

Empat warga India dan dua warga Jerman berada di atas pesawat twin-prop itu, bersama 16 warga Nepal. Foto: Reuters.

PASUKAN penyelamat Nepal telah mengesan mayat 22 individu di dalam pesawat yang terhempas di Himalaya, kata pihak berkuasa pada Selasa.

“Semua mayat kini telah ditemui,” kata jurucakap Pihak Berkuasa Penerbangan Awam, Deo Chandra Lal Karn kepada AFP.

ARTIKEL BERKAITAN: Bangkai pesawat Nepal terhempas ditemui

Ujarnya, pihak mereka akan menjalankan proses seterusnya untuk mengenal pasti identiti semua mangsa.

"Proses akan dilakukan untuk mengenal pasti mayat," katanya lagi.

Ahad lalu, pusat kawalan trafik udara terputus hubungan dengan pesawat Twin Otter yang dikendalikan oleh syarikat penerbangan Nepal Tara Air sejurus berlepas dari Pokhara, barat Nepal menuju ke Jomsom.

Serpihan pesawat ditemui dalam keadaan berkecai sehari kemudian di kawasan lereng gunung.

Empat warga India dan dua warga Jerman berada di atas pesawat twin-prop itu, bersama 16 warga Nepal. - The Star.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain