MALANG menimpa pasangan dari Minneapolis, Amerika Syarikat (AS) apabila aksi intim mereka disiarkan menerusi platform video Zoom secara tidak sengaja. Difahamkan, pasangan itu sedang mengikuti panggilan video maya menerusi Zoom sebelum bergurau manja di dalam bilik tidur. Mereka kemudiannya meneruskan aksi lebih intim di atas katil tanpa menyedari kamera untuk aplikasi Zoom masih terpasang. Menurut seorang saksi, pasangan tersebut turut kelihatan berjalan secara bogel di dalam bilik. Lebih malang, aksi berkenaan menjadi 'tayangan percuma' selama 45 minit sebelum mereka menyedari kamera tidak ditutup. Pasangan itu hanya menyedari aksi mereka sedang ditonton orang ramai selepas menerima banyak mesej, meminta mereka berhenti melakukan hubungan intim di hadapan kamera. Sehingga kini, identiti pasangan dalam kejadian memalukan itu tidak didedahkan. - Daily Star. Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI