suria

Doktor beri amaran, festival muzik mungkin jadi ‘super-spreader’ kes cacar monyet

Pengunjung festival telah digesa untuk berpesta dengan berhati-hati. Foto: Getty .

PENULARAN cacar monyet ternyata menjadi kebimbangan masyarakat global sejak beberapa minggu lalu.

Terbaharu, doktor turut menyuarakan rasa bimbang sekiranya festival muzik Mighty Hoopla yang akan diadakan di Selatan London hujung minggu ini boleh menjadi 'super-spreader' penularan penyakit berkenaan.

Menurut pakar London School of Hygiene and Tropical, Dr Will Nutland, festival itu berpotensi mengakibatkan peningkatan kes apabila pengunjung menjadi kontak rapat selepas bermesra dalam acara tersebut.

"Terdapat perbincangan dalam beberapa rangkaian yang kami sertai tentang potensi bahaya kumpulan orang berkumpul.

"Ia khususnya apabila kumpulan orang ramai mungkin berkumpul dan minum, atau menjadi khayal dan mula bermesra.

“Kami tahu ada festival besar akan berlangsung (Mighty Hoopla) yang akan menarik ramai orang di London dalam masa seminggu," ujar doktor itu lagi.

Baru-baru ini, festival gay di Gran Canaria yang dihadiri 80,00 individu dari Britain dan Eropah turut disiasat selepas dikaitkan dengan penularan kes cacar monyet di Madrid, Itali dan Tenerife.

Apa yang mengejutkan, ada dalam kalangan pengunjung diuji positif virus itu selepas mereka menghadiri acara berkenaan yang diadadakan pada 5 hingga 15 Mei lalu.

Selain itu, pihak berkuasa Sepanyol juga sedang menyiasat kes-kes cacar monyet yang dikaitkan dengan sauna di negara itu yang sering dikunjungi oleh golongan gay. - Daily Star

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain