suria

Umpan wang untuk seks oral dengan remaja lelaki, YouTuber terkenal akhirnya terima padah

Dee Kosh dikatakan membuat filem lucah dengan merakamkan dirinya melakukan aksi seksual dengan dua orang lelaki lain.

YOUTUBER terkenal Singapura, Darryl Ian Koshy atau lebih dikenali sebagai Dee Kosh mengaku bersalah atas tuduhan gangguan seksual terhadap seorang remaja lelaki berusia 18 tahun.

Lelaki berusia 33 tahun itu mengaku bersalah atas pertuduhan di bawah Akta Kanak-Kanak dan Remaja pada 30 Mei lalu.

Koshy diminta menghadiri pemeriksaan perubatan di Institut Kesihatan Mental sebelum dia dijatuhkan hukuman bersama empat lagi pertuduhan lain.

Malah, tertuduh turut mengaku bersalah atas pertuduhan di bawah Akta Filem apabila dia dikatakan membuat filem lucah dengan merakamkan dirinya melakukan aksi seksual dengan dua orang lelaki berusia antara 23 dan 25 tahun.

Timbalan Pendakwa Raya Lim Ying Min berkata kesemua kesalahan itu berlaku antara tahun 2017 dan 2020.

"Koshy menawarkan $2,000 (RM6,385) kepada seorang remaja berusia 16 tahun sebagai pertukaran kerana membenarkan dia melakukan seks oral terhadap remaja itu.

"Dia juga cuba melakukan perbuatan tidak senonoh daripada seorang remaja berusia 15 tahun dengan meminta budak lelaki itu melakukan perbuatan seksual sebagai pertukaran wang," katanya.

Untuk rekod, Koshy terkenal kerana membuat video muzik parodi dan komedi dan turut membuat ulasan makanan di saluran YouTube Night Owl Cinematics (NOC).

Beberapa firma lain yang pernah bekerja dengan Koshy sebelum ini, termasuk Huawei, Foodpanda dan Lenovo, berkata kontrak mereka dengannya telah berakhir.

Bagi setiap pertuduhan menawarkan wang tunai kepada remaja di bawah 18 tahun sebagai pertukaran untuk perkhidmatan seksual, dia boleh dipenjara sehingga dua tahun serta didenda.

Malah, percubaan eksploitasi seksual terhadap remaja membolehkan dia dipenjara sehingga lima tahun, didenda sehingga $10,000 (RM31,929) atau kedua-duanya di bawah Akta Kanak-Kanak dan Orang Muda.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain