suria

Penduduk gempar ‘hujan ikan’, ramai serbu kutip di tengah jalan

Orang ramai mengutip ikan yang jatuh di jalan raya. sumber twitter Hari krishan

ORANG ramai digemparkan dengan 'hujan ikan' menyebabkan mereka menyerbu di jalanan untuk mengambil makanan segar itu yang jatuh dari sebuah lori.

Kejadian yang berlaku di Bihar di Gaya, India pada Sabtu lalu itu selepas sebuah lori yang membawa muatan ikan terbalik.

Kebanyakan ikan yang dibawa jatuh di atas jalan raya.

ARTIKEL BERKAITAN: Penduduk gempar fenomena luar biasa 'hujan ikan'

'Hujan ikan' itu menyebabkan orang ramai mengutipnya menggunakan kain, bakul dan tangan mereka.

Seorang wanita dilihat mengutip ikan dan menyimpannya di dalam sari yang dipakainya.

Insiden tersebut dirakamkan menerusi satu video yang dikongsi oleh seorang pengguna Twitter bernama 'Hari Krishan'. - India.com

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain