suria

Tragis... Pesara polis maut, sesak nafas gara-gara kepala tersepit antara tilam dan palang katil hospital

Dingle (gambar kecil) meninggal dunia selepas 15 minit dia ditemui dalam keadaan kepalanya tersepit. Foto: SWNS

SEORANG pesara polis maut dalam keadaan tragis selepas kepalanya tersepit di antara tilam dengan palang katilnya di sebuah hospital.

Max Dingle, 83, meninggal dunia akibat 'terperangkap dengan sesak nafas' dalam satu kejadian di Royal Shrewsbury Hospital pada 3 Mei 2020.

Di dalam inkues kes kematian Dingle, koroner kanan mendapati tiada cubaan untuk melakukan resusitasi oleh pihak hospital walaupun pesara itu masih mempunyai denyutan nadi apabila dia ditemui.

Awal bulan ini, Shrewsbury and Telford Hospital NHS Trust yang mengendalikan hospital tersebut didenda £1,333,334 (RM7,361,371) kerana gagal memberikan penjagaan yang selamat kepada Dingle dan seorang lagi pesakit yang meninggal dunia dalam kes yang tidak berkaitan.

Koroner kanan, John Ellery berkata, Dingle yang berasal dari Newtown, Wales, pada asalnya dimasukkan ke hospital kerana sesak nafas pada 27 April 2020.

Sejarah perubatannya menunjukkan dia mengalami masalah jantung, limfedema dan 'sleep apnea' (gangguan pernafasan ketika tidur).

Dia dirawat di hospital tersebut sehinggalah pada pukul 10 pagi, 3 Mei apabila dia ditemui dalam keadaan kepalanya tersepit antara tilam dan palang katilnya.

"Dia mengalami serangan jantung dan meninggal dunia pada 10.15 pagi," kata koroner tersebut. - Dailystar

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain