suria

Bekas model Playboy jadi ejen bola sepak paling seksi di dunia, miliki kekayaan luar biasa

Wanita berusia 49 tahun itu memiliki kekayaan bernilai £148 juta (RM811 juta). Foto: anamariaprodanreghecampf/Instagram.

SETIAP orang melalui perjalanan yang berbeza-beza dalam kehidupan mereka.

Begitu juga dengan bekas model ini apabila dia menceburi bidang yang cukup asing baginya.

Si cantik dari Romania, Anamaria Prodan yang juga bekas model Playboy meraih kekayaan luar biasa selepas menceburi kerjaya sebagai ejen bola sepak.

Malah, kekayaan yang dimiliki membolehkan dia membeli sebuah kelab bola sepak dikenali sebagai FC Hermannstadt pada tahun 2020.

Wanita itu turut berikrar untuk melunaskan semua hutang kelab berkenaan yang berjumlah £630,000 (RM3.45 juta).

Diberi gelaran ejen bola sepak paling seksi di dunia, wanita berusia 49 tahun itu memiliki kekayaan bernilai £148 juta (RM811 juta).

Sepanjang kerjayanya sebagai ejen, dia pernah bekerjasama dengan ramai pemain termasuklah penyerang Chelsea Adrian Mutu yang menjadi pelanggannya. - Daily Star.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain