SEORANG gadis dari Bangladesh sanggup memasuki hutan yang terkenal dengan populasi harimau sebelum berenang di sepanjang sungai yang dipenuhi buaya selama sejam untuk bertemu semula dengan lelaki yang dicintainya. Krishna Mandal mengenali seorang lelaki warga India bernama Abhik melalui Facebook, dan kedua-duanya kemudian jatuh cinta. Memetik laporan India Today, pasangan itu merancang untuk bertemu dan berkahwin, tetapi Krishna, 22, tidak mempunyai pasport. ARTIKEL BERKAITAN: 'Pelamin anganku musnah'! Wanita enggan kahwin gara-gara bakal pengantin lelaki tak upah jurugambar Namun, ia bukan halangan bagi Krishna untuk berkahwin dan dia merancang untuk cuba memasuki India secara haram. Menurut sumber polis, Krishna mula-mula mendaki melalui Sundarbans, hutan paya berbahaya yang menyaksikan banyak serangan harimau yang membawa maut. Dia kemudian berenang selama sejam di sungai Matla, di mana buaya air masin menantikan mangsa termasuk manusia. Menakjubkan apabila Krishna terselamat daripada rintangan itu dan dia berkahwin dengan Abhik di Kuil Kalighat di Kolkata, Sabtu lalu. Malangnya, ia tidak berakhir di situ. Kisah perjalanan epik Krishna tersebar secara meluas sehingga diketahui polis. Krishna ditahan pada Isnin kerana memasuki negara itu secara haram. - Daily Star Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI