SEORANG nelayan nyaris maut tercekik apabila ikan yang ditangkap tersangkut di dalam kerongkongnya. Dalam kejadian yang berlaku di Thailand, seekor ikan puyu atau Anabas secara tiba-tiba melompat keluar dari air dan terus masuk ke dalam mulut seorang pemancing. Setibanya di hospital, ikan tersebut tersangkut di antara tekak dan rongga hidungnya. ARTIKEL BERKAITAN: Berpantang maut! Nelayan berpaut tong air selama 22 jam di lautan Doktor di Hospital Wilayah Phatthalung terkejut menyaksikan imbasan yang dibuat pada 22 Mei lalu. Pembedahan mengambil masa sejam melibatkan dua doktor dan tiga jururawat untuk mengeluarkan ikan berukuran lima inci itu. Pegawai hospital, Sermsri Pathompanichrat berkata: "Doktor kami bekerja keras untuk meminimumkan kerosakan pada organ pesakit. "Mereka berjaya menyelamatkan pesakit," katanya. Dilaporkan ketika kejadian, pesakit yang tidak dikenali itu memancing menggunakan tempuling di bawah permukaan air. - Metro Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI