suria

Lelaki sengaja bakar diri hidup-hidup disangka buat pertunjukan, pelancong selamba ambil ‘selfie’

Orang awam hanya memerhatikan lelaki tersebut berguling, sebelum beberapa pekerja kedai datang memberi pertolongan kepada mangsa.

SEORANG lelaki nyaris maut dibakar hidup-hidup selepas bertindak menuang petrol ke atas tubuh dan pakaiannya sebelum menyalakan api.

Lelaki yang memakai kostum 'Grim Reaper' itu kemudian berguling-guling dan terhuyung-hayang ketika tubuhnya hampir 100 peratus terbakar, seperti sedang bergelut memadamkan api.

Orang awam yang kebanyakannya terdiri daripada pelancong pula hanya memerhatikan lelaki tersebut tanpa menghulurkan bantuan, malah ada yang sempat merakamkan foto dan berselfie.

Kejadian tersebut dilaporkan berlaku di Menara Galata, Turki.

Selepas beberapa ketika lelaki berkenaan berguling di atas jalan, beberapa orang pekerja di kedai berhampiran membawa alat pemadam api dan membantu mangsa.

Lelaki berkenaan bagaimanapun terselamat daripada pengalaman mengerikan itu dan masih mampu untuk bercakap dengan pihak berkuasa selepas diberikan pertolongan.

Selepas video insiden itu tular di media sosial, warga maya berspekulasi bahawa mereka yang berada di lokasi sewaktu kejadian pasti menyangka aksi lelaki tersebut hanyalah sebuah pertunjukan.

Bagaimanapun rata-ratanya mengecam orang awam yang tidak bertindak, selain mempersoalkan mengapa kanak-kanak dibiarkan menonton aksi ngeri tersebut. - Daily Star

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain