suria

Nyaris maut... Sepuluh minit bergelut, budak lelaki 14 tahun terselamat selepas tumbuk mata buaya

Remaja tersebut diserang seekor buaya ketika sedang mandi. Gambar hiasan

TINDAKAN berani seorang remaja lelaki telah menyelamatkan dirinya daripada dibaham seekor buaya.

Om Prakash Sahoo, 14, sedang mandi bersama rakan-rakannya di Sungai Kani, timur India ketika kejadian itu berlaku.

Situasi menjadi panik apabila seekor buaya sepanjang 7 kaki tiba-tiba muncul lalu menyerangnya.

Dalam satu laporan, remaja itu dikhabarkan bergelut dengan reptilia tersebut selama 10 minit untuk menyelamatkan dirinya.

Dia akhirnya berjaya setelah melepaskan tumbukan pada kepala dan mata haiwan tersebut.

Sebaik terlepas daripada cengkaman buaya itu, Om Prakash dikejarkan ke hospital di Kendrapara sebelum dipindahkan ke hospital yang terletak di Cuttack.

Menurut pihak berkuasa, Om Prakash masih berada di hospital tetapi keadaannya dilaporkan stabil. - Daily Star

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain