SEORANG gadis yang berasal dari Gujarat, India mencetuskan kelainan apabila berkahwin dengan diri sendiri. Gadis berusia 24 tahun itu, Kshama Bindu mengadakan perkahwinan tanpa pengantin lelaki. Memetik laporan Times of India, Kshama berkata, idea unik untuk berkahwin dengan dirinya sendiri bertujuan untuk menegaskan fakta bahawa 'wanita itu penting'. ARTIKEL BERKAITAN: Sanggup pertaruh nyawa serangan harimau, buaya... Gadis masuk hutan, berenang sejam untuk kahwin dengan lelaki kenal di FB "Saya tidak pernah mahu berkahwin tetapi mahu menjadi seorang pengantin "Jadi saya memutuskan untuk berkahwin dengan diri saya sendiri," katanya. Menurut Kshama, perkahwinan itu adalah satu komitmen serta memerlukan cinta tanpa syarat untuk diri sendiri. Majlis perkahwinan tanpa pengantin lelaki yang berlangsung pada 11 Jun lalu itu berlangsung di sebuah kuil Gotri, Gujarat. Gadis itu melafazkan lima ikrar untuk perkahwinannya. Selepas berkahwin, dia merancang untuk berbulan madu selama dua minggu dengan dirinya sendiri. - India.com Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI