suria

Suami saksi adegan panas di tengah sawah waktu Maghrib, rupa-rupanya isteri sendiri berzina dengan lelaki lain

Seorang isteri kantoi melakukan hubungan intim di tengah sawah. -gambar hiasan foto PIXABAY/PEXELS

SEORANG lelaki dari sebuah kampung di Tulungagung di Jawa TImur, Indonesia terkejut menyaksikan isterinya sedang asyik memadu kasih dengan lelaki lain di tengah sawah.

Si suami melihat isterinya berada di pangkuan seorang lelaki dan dipercayai telah melakukan hubungan intim.

Tidak dapat menerima hakikat isterinya bersikap curang, lelaki berkenaan membuat laporan polis.

ARTIKEL BERKAITAN: Mengaku berzina, wanita berstatus isteri orang disebat 100 kali

ARTIKEL BERKAITAN: Kantoi ada skandal dengan lelaki sekampung, suami bawa 15 orang untuk pukul isteri sendiri

Pegawai perhubungan awam polis Tulungagung, Iptu M Anshori pada Jumaat mengesahkan laporan berhubung perzinaan tersebut.

Kejadian berlaku kira-kira pukul 7.30 malam, Jumaat minggu lalu.

Terdahulu, si suami pulang dan mendapati isterinya tiada di rumah sebelum keluar mencari di kawasan sekitar kampung.

Dia kemudian mengajak iparnya untuk mencari isterinya sehingga ke kawasan sawah padi di kampung mereka.

Sewaktu pencarian itu, mereka ternampak kelibat dua individu sedang bermesra di tengah sawah.

Apa yang mengejutkan apabila wanita yang ditangkap berzina itu rupa-rupanya adalah isterinya sendiri.

Si suami yang berang menyebabkan kekecohan berlaku sehingga menarik perhatian penduduk kampung di kawasan sekitar.

Lelaki yang bersama isterinya itu merupakan penduduk sekampung.

Polis kini mendapatkan keterangan saksi berhubung kejadian itu dan siasatan sedang berjalan. - Kompas

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain