suria

Turki tukar nama negara, kini dikenali sebagai Turkiye

Turki memulakan langkah menukar nama rasminya sejak Disember lalu. Foto: Omer Kuscu/AP.

TURKI kini secara rasmi dikenali sebagai Turkiye.

Perkara itu diumumkan oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) selepas mereka mendapat permintaan daripada negara tersebut untuk perubahan nama.

Jurucakap PBB Stephane Dujarric berkata, surat telah diterima pada hari Rabu daripada menteri luar Turki Mevlut Cavusoglu yang ditujukan kepada Setiausaha Agung Antonio Guterres, meminta penggunaan "Turkiye" dan bukannya "Turki" untuk semua urusan.

Jurucakap itu berkata, pertukaran nama negara tersebut berkuat kuasa sejak surat itu diterima.

Cavusoglu mengumumkan penyerahan rasmi surat itu kepada PBB dan organisasi antarabangsa lain pada hari Selasa.

Turki memulakan langkah menukar nama rasminya yang diiktiraf di peringkat antarabangsa dalam bahasa Inggeris kepada Turkiye pada Disember selepas Presiden mereka, Recep Tayyip Erdogan mengeluarkan memorandum dan meminta orang ramai menggunakan Turkiye untuk menggambarkan negara itu dalam setiap bahasa.

"Turkiye mewakiki dan menzahirkan budaya, tamadun dan nilai rakyat Turki," ujar Erdogan.

Erdogan juga menasihatkan syarikat untuk menggunakan frasa "Buatan Turkiye" untuk barangan eksport mereka, dan mengarahkan agensi negeri untuk menggunakan Turkiye dalam surat-menyurat mereka. - Al-Jazeera.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain