JODOH yang tak masuk akal. Begitulah kisahnya mengenai seorang lelaki yang bercinta dengan sebuah kereta sejak tahun 2005. Nathaniel, 27, dari Arkansas, Amerika Syarikat mengakui jatuh cinta dan mempunyai keinginan seksual terhadap sebuah kereta Chevy Monte Carlo yang berwarna merah. Bercerita lanjut, dia juga mendedahkan pernah melakukan hubungan seks dengan kereta berkenaan. "Saya tak tahu kenapa timbul perasaan ke arah itu. Apa yang saya tahu, saya cintakan kereta itu. "Kami sentiasa menikmati masa yang seronok bersama. Ada masanya kami buat hubungan seks," ujarnya. Kisahnya dikongsi menerusi satu dokumentari yang mengupas isu objectophilia atau kecenderungan seksual kepada objek. Dalam video yang disiarkan, Nathaniel turut mengucup dan memeluk keretanya, persis teman wanita sebenar. "Selalunya, saya suka bersandar pada bahagian sisi kereta dan bonet. Saya akan tekan badan kereta dan menggosok kereta. "Saya juga suka baring di bawah bahagian kereta. Ia rasa istimewa sangat," ujarnya lagi. - Daily Star. Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI