suria

Kecoh! Penjaga zoo nampak kelibat haiwan berjalan macam manusia... Betul ke serigala jadian wujud?

Kejadian aneh itu disedari oleh seorang penjaga zoo. Foto: Reddit.com/user/Segu1n.

LAMAN Reddit kecoh dengan penularan satu rakaman kamera litar tertutup (CCTV) memaparkan seekor haiwan yang berjalan seperti manusia.

Rakaman pada waktu awal pagi itu memaparkan haiwan berbulu berjalan dengan dua kaki belakang.

Difahamkan, video dirakam di kawasan pagar Zoo Amarillo di Texas, Amerika Syarikat.

Kejadian aneh itu disedari oleh seorang penjaga zoo.

Dalam pada itu, rata-rata netizen di laman Reddit turut bertelagah mengenai rakaman berkenaan.

Selain terkejut dengan apa yang ditonton, ada dalam kalangan mereka turut tampil dengan pelbagai spekulasi dan andaian.

"Saya melihat telinga runcing, muncung panjang, kelihatan seperti ekor dan bulu yang menonjol di belakang lehernya. Saya kata ia serigala jadian," tulis seorang individu.

Ada sebilangan individu turut meragui visual tersebut dan menganggap ia sebagai imej suntingan yang dibuat menerusi perisian Photoshop. - Daily Star.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain