suria

Sayu anjing menangis tengok pemilik menderita, separuh badan hancur dihempap ‘forklift’

Lelaki ini dikatakan jatuh bangunan setinggi 50 kaki lalu dihempap 'forklift'.

BARU-BARU ini tular kisah yang meggemparkan mengenai seorang pemuda yang hilang separuh tubuh badan setelah ditimpa kemalangan ngeri.

Menurut buruh, Loren Schauers, 20, insiden jatuh bangunan ketika mengendalikan 'forklift' yang menyebabkan bahagian bawah tubuh dan lengan hancur, dan membuatkan hidupnya menderita.

Susulan kejadian itu, Loren dari Great Falls, Montana, Amerika Syarikat berkata, anjing peliharaannya, Atlas sangat prihatin dengan melindunginya sejurus lelaki ini bangun dari tempat tidur.

ARTIKEL BERKAITAN: Dihempap 'forklift' hingga separuh badan hancur, alat sulit terpaksa dibuang... lelaki ini tetap bahagia jalani hidup dengan isteri

Katanya, haiwan itu akan menangis setiap kali melihat Loren dalam kesakitan malah ia akan berada berhampiran dan di sekelilingnya di dalam rumah.

Bercakap semasa bersiaran langsung di saluran YouTube, Loren dan isterinya, Sabia Reiche berkata, Atlas menangis kerana melihat tuannya menderira.

Dia yang kini meneruskan kehidupan tanpa tubuh badan dari bawah pinggang dan ke bawah berkata, anjing setia ini tidak pernah meninggalkannya.

"Ya, ia (Atlas) sebenarnya sangat comel. Kami harus rakam video momen itu tetapi setiap kali saya naik kerusi roda saya atau saya tidak bergerak, Atlas akan berada di sebelah saya. Sentiasa, duduk betul-betul di sebelah saya," katanya.

Loren berjaya diselamatkan selepas terbabit dalam insiden terjatuh 50 kaki dari jambatan dan dihempap ​​oleh forklift pada September 2019.

Buruh itu membuat keputusan berani untuk membenarkan pasukan perubatan melakukan pembedahan hemicorperektomi di mana bahagian di bawah pinggangnya dipotong bagi menyelamatkan nyawanya. -Daily Star

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain