suria

Curi laptop untuk beli ganja, pemuda pecah masuk pejabat akhirnya diberkas

Penjenayah berjaya ditangkap oleh Persatuan Numbay Resmob.

SEORANG pemuda ditangkap oleh Persatuan Numbay Resmob atas kesalahan mencuri dua buah komputer riba di Pejabat Bulog Cawangan Papua dan Papua Barat, Jayapura, Indonesia.

Suspek yang berusia 20 tahun dikenali dengan nama MM telah berjaya ditangkap di sekitar Jeti Pelabuhan Jayapura.

Penahanan penjenayah MM diketuai oleh Ketua Polis Resmob Numbay Jayapura, Aiptu City A.

Menurut Ketua Unit Siasatan Jenayah Polis Kota Jayapura, AKP Handry M Bawiling, tiada sebarang pergelutan berlaku semasa penangkapan dibuat.

"Kecurian dua buah komputer riba jenama Lenovo berlaku di Pejabat Bulog Cawangan Papua dan Papua Barat.

"Suspek dipercayai telah menukar komputer riba dengan ganja dan identiti telah dikenal pasti sebelum ditangkap," katanya.

Jelas Handry, si pelaku sangat handal dalam aktiviti mencuri sehinggakan sudah beberapa kali melakukan jenayah untuk tahun 2022.

Rekod jenayah lampau menyatakan MM pernah menceroboh sebuah kiosk di hadapan Universiti Yapis Dok V, mencuri basikal di sebuah rumah di Entrop, Daerah Jayapura Selatan dan menceroboh salah sebuah kedai pakaian di sekitar Abepura. -PAPUA NEWS

Artikel Lain

38 maut nahas pesawat di Kazakhstan