suria

Suka objek tak bernyawa, wanita ini bernafsu tengok pagar... Pernah kahwin dengan Menara Eiffel

Erika mempunyai kecenderungan seksual terhadap objek tak bernyawa.

SEORANG wanita membuatkan ramai pelayar TikTok terkejut selepas mendedahkan bahawa dia mempunyai nafsu terhadap pagar.

Kedengaran tidak masuk akal, namun kecenderungan seksual terhadap objek tidak bernyawa sememangnya wujud.

Wanita bernama Erika LaBrie itu pada asalnya menjadi terkenal kerana pernah berkahwin dengan Menara Eiffel selepas dokumentari mengenai tarikannya terhadap objek tidak bernyawa diterbitkan.

Video mengenai nafsu pelik yang dikongsi olehnya menerusi TikTok ternyata meraih perhatian ramai.

Sedutan video daripada dokumentari yang dikongsi semula ke TikTok meraih lebih 1.4 juta tontonan.

Apa yang berlaku kepada Erika dikenali sebagai 'objectum sexual' iaitu seseorang mengalami tarikan romantis dan seksual terhadap objek tidak bernyawa.

"Saya tidak sangka untuk menemui pagar seperti ini di sini. Ia sempurna, maksud saya ini adalah bentuk yang saya sangat suka. Sudut ini? Hebat.

"Pagar adalah objek yang berbahaya bagi saya kerana ia sangat sempurna dalam geometri mereka.

"Maksud saya, saya perlu mengatakan terdapat banyak perkara fizikal yang berlaku sekarang," ujarnya.

Tambah Erika, hubungannya dengan objek tidak bernyawa sama sahaja seperti hubungan normal antara manusia.

"Saya fikir itu berlaku antara hubungan manusia juga. Saya sememangnya tertarik secara fizikal dengan pagar ini dan saya ingin mengenali pagar ini dengan lebih dekat," ujarnya. - Daily Star.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain