SEORANG nelayan terkejut apabila dia menemui makhluk laut lutsinar ketika keluar mencari rezeki baru-baru ini.
Menurut nelayan itu, haiwan berkenaan sangat aneh kerana memiliki badan lutsinar dan mempunyai bentuk seolah-olah makhluk asing.
"Beritahu saya ini bukan makhluk asing," ujarnya dalam video itu.
Dia turut memicit lapisan luar badan haiwan itu yang lembik seperti agar-agar.
Bagaimanapun, lokasi video itu dirakam tidak didedahkan.
Ia bukanlah penemuan pertama seumpamanya yang pernah tular di media sosial.
Baru-baru ini, seorang pemancing menemui ikan yang mempunyai sesungut seperti sotong kurita.
Haiwan berkepala besar itu mempunyai tiga sesungut, berbeza dengan sotong kurita yang memiliki lapan sesungut.- Daily Star.
Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI