suria

Pasangan ‘buat hal’ atas bangunan 72 tingkat, rakam video seks sambil menikmati panorama indah

Jurucakap The Shard enggan memberi komen berhubung kejadian itu. Foto: Getty.

SEPASANG kekasih dikecam selepas beraksi tidak senonoh di puncak bangunan The Shard yang berketinggian 72 tingkat.

Lelaki dan wanita itu memuat naik rakaman aksi seks mereka ke laman web Pornhub sehingga ia menerima lebih 260,000 tontonan.

Selain aksi tidak senonoh, klip berdurasi tiga minit itu turut menunjukkan panorama langit London yang sangat indah

Dalam pada itu, seorang penduduk tempatan menggesa pengurusan The Shard untuk menyiasat kes berkenaan.

Malah, dia turut menggesa agar pasangan itu diharamkan mengunjungi The Shard pada masa akan datang.

"Ia menjijikkan, saya tidak percaya mereka melakukan itu di tempat awam.

"Saya terkejut mereka tidak ditangkap. Shard harus menyiasat video itu dan melarang pasangan itu daripada kembali," tulis seorang netizen.

Jurucakap The Shard ketika dihubungi enggan memberi komen berhubung kejadian itu.

Perbuatan dogging iaitu terlibat dalam perbuatan seksual di khalayak ramai secara teknikalnya tidak menyalahi undang-undang, tetapi boleh membawa kepada pendakwaan jika seseorang melihatnya.

Pendakwaan boleh dilakukan di bawah seksyen 5 Akta Ketenteraman Awam 1986, bagi pendedahan di bawah seksyen 66 Akta Kesalahan Seksual 2003 atau bagi kesalahan undang-undang biasa yang memalukan kesopanan awam.

The Shard merupakan pusat kepada ratusan pejabat serta restoran, pangsapuri dan sebuah hotel.

Pengunjung perlu membeli tiket, walaupun masuk adalah percuma apabila mengunjungi salah satu kedai makan mahal dalam pencakar langit itu.

Berdiri tepat pada ketinggian 309.6 meter, The Shard merupakan bangunan tertinggi di United Kingdom (UK). - Daily Star.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain