SEORANG remaja lelaki berusia 16 tahun mencuri tumpuan ramai selepas tiba di majlis prom sekolahnya dengan memakai tuksedo berlabuci dan skirt labuh paras lantai. Dia disambut dengan sorakan murid-murid dan guru-guru apabila tiba dalam persalinan rona merah itu ke sekolahnya yang terletak di Harleston, Norfolk. Korben Green memukau dunia media sosial apabila ibunya Nina berkongsi foto pakaian itu menerusi Twitter awal bulan ini. Sejak dikongsi pada 1 Julai, ciapan foto itu mendapat lebih 120,000 tanda suka dan 3,700 ulang ciap. "Pada usia 12 tahun anak saya mengumumkan dia mahu pergi ke prom sekolahnya dengan memakai gaun. Empat tahun kemudian kami berjaya melakukannya. "Saya sangat berbangga dengan dia kerana jujur pada dirinya sendiri dan sambutan yang dia terima di seluruh sekolahnya adalah luar biasa," tulis ibunya. - Daily Star. Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI