suria

Influencer hidup mewah di Dubai, terima bayaran tinggi untuk makan najis unta

Influencer dibayar untuk buat aksi jijik bersama unta. FOTO: Getty Image/Stockphoto)

BAGI sesetengah orang, pastinya mereka sanggup melakukan apa sahaja demi wang ringgit.

Begitulah apa yang sanggup dilakukan oleh influencer yang dibayar untuk melakukan aksi 'jijik' bagi mendapatkan kemewahan hidup.

Para influncer didakwa sanggup membiarkan diri mereka menjadi tempat pelepasan najis oleh golongan orang kaya dan unta.

Cerita mengenai golongan berpengaruh yang memiliki profil tinggi telah dibayar dengan jumlah wang yang besar untuk menyertai trend pelik ini dikenali sebagai 'Dubai Porta Potty'.

Dalam pada itu, sebagai pertukaran untuk penerbangan percuma dan layanan istimewa secara eksklusif, model ini sanggup menjebakkan diri dalam aktiviti jijik seperti dikencing secara literal atau memakan tahi unta.

Salah seorang pengguna media sosial mendakwa seorang rakan mereka telah dipanggil ke parti 'Porta Potty' di rumah agam terpencil semasa dia berada di Arab Saudi dan dipaksa melakukan segala macam perkara yang mengerikan dengan pertukaran jumlah wang sangat lumayan. - DAILY STAR

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain