suria

Budak 7 tahun dituduh berkelakuan buruk, ibu angkat potong zakar sebagai hukuman

Suspek yang hidup dalam buruan ditemui pada 6 Jun lalu.

SEORANG wanita yang memotong kemaluan anak angkatnya sebagai hukuman telah ditangkap polis selepas tujuh tahun melarikan diri.

Deusiane dos Reis Santos, 46, melarikan diri selepas menggunakan gunting untuk memotong kemaluan kanak-kanak berusia tujuh tahun itu di sebuah rumah di Belford Roxo, Brazil, pada tahun 2015.

Serangan mengerikan itu hanya terbongkar tiga bulan kemudian selepas dia menyerahkan semula anak angkatnya ke sebuah rumah kanak-kanak.

Mangsa memberitahu polis bahawa dia diserang dengan gunting sebagai satu bentuk hukuman selepas wanita itu menuduhnya berkelakuan buruk.

Penyiasat dari Polis Awam Rio berkata, mangsa didakwa berkelakuan agresif dan ingkar arahan.

Tambah pihak polis, mangsa terpaksa menanggung penderitaan fizikal yang teruk sebagai satu bentuk hukuman.

Polis telah mengisytiharkan Dos Reis Santos sebagai pelarian dari mahkamah tiga tahun lalu.

Dia akhirnya ditemui bersembunyi pada 6 Julai lalu.

Menurut pendakwaraya Maria Cristina Faria Magalhaes, Dos Reis Santos melakukan perbuatan jahat itu "secara sedar dan sukarela". - Daily Star.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain